Rabu, 29 Juli 2015

Islam mengajarkan amalan yang dibawa mati

20150729_105659-1
Dt. Rajo Mangkuto memberi kata sambutan

3 Perkara Yang Dibawa Selepas Mati

Semua org akn mengalami mati. Dan apabila kita mati, maka terputuslah segala amalan kita melainkan 3 perkara.
Sabda Nabi Muhammad S.A.W.
“apabila mati seseorang anak adam itu .. maka akan terhenti segala amalanya kecuali 3 perkara iaitu sedakah jariah, ilmu yang memberi guna, doa anak – anak yang soleh”
1. Sedekah Jariah
Pada 23 Julai 2010, Jumaat, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah menyampaikan satu khutbah berkenaan sedekah dan sumbangan yang x memutuskan amalan kita. Kata beliau, sedekah atau sumbangan yang mendorong kearah kebaikan tidak akan memutuskan amalan kita malah menambahnya. Contoh sumbangan tersebut ialah sumbangan pembinaan masjid. Walaupun pemberi sedekah telah meninggal dunia, tetapi drpd sedekahnya td, sebuah masjid dpt dibina. Dan masjid itu digunakan untuk membuat sesuatu kebaikan. Maka si pemberi hadiah turut mendapat pahala sebagaimana dia[ orang yg menggunakan masjid ] membuat kebajikan. Dan mengapa Allah menjanjikan sedemikian? Kerana x ramai org yg sanggup membelanjakan harta ke jalan Allah. Disebabkan harta, manusia sanggup berkelahi. Disebabkan harta, manusia sanggup membunuh sesama manusia. Dan disebabkan harta, manusia sanggup memutuskan hubungan sesama Islam.
20150729_104834-1
Utk kepergian almargum Kakaknya Dt Sati Patyo Lansek
Koto Nan IV
Ilmu yang Bermanfaat
Ilmu mempunyai banyak jenis. Contohnya ilmu dunia, ilmu akhirat dan ilmu hitam. Tapi yang x memutuskan amalan kita ialah ilmu yang memberi kebaikan sama ada di dunia atau di akhirat. Ilmu seperti ini apabila diamal oleh orang yang masih hidup [ orang yang dididik oleh kita ] untuk kebaikan, kita pun sama mendapat pahala tersebut. Itulah yang dapat menyelamatkan kita di dalam kubur.

Contohnya membaca al- Quran. Apabila kita mengajar seseorang itu membaca al – Quran, dan disebabkan apa yang di ajarkan itu membolehkan dia[ orang yang belajar ] membaca al-Quran dgn betul serta dapat bersolat, maka pahala kita sama seperti dia walaupun kita hanya mengajarnya membaca surah al-Fatihah dan dia mendalami ilmu – ilmu tersebut dgn org lain.
semangat Mengantar yenti ke jkt
Ibunda Zamhir meninggal 1 Juni 2010

3. Doa Anak – anak Soleh
Didikan agama sejak anak – anak masih kecil perlu bg menjadikan mereka( anak – anak) menjadi anak yg soleh. Kita dpt melihat betapa anak – anak sekarang menjadi rosak gara – gara masalah sosial. Gejala sosial semakin menjadi – jadi. Pembuangan bayi sering menjadi perhatian akhbar – akhbar tempatan malah indeksnya juga semakin meningkat saban tahun.
Pandam pekuburan pincuran botuang
Photo-0003_e1Di bandar – bandar besar, anak – anak gadis yang mendakwa dirinya Islam sudah tidak mengambil berat tentang aurat. Mereka membuka aurat mereka di khalayak ramai sehingga menjolok mata lelaki – lelaki. X cukup dgr perbuatan itu, mereka membonceng motorsikal bersama teman lelaki mereka smbil berpeluk – pelukan. Lagak mereka sama seperti org kafir yg menolak Islam. Adakah anak – anak seperti ini yang Allah mendengar doanya??Dan siapakah yang bertanggungjawab terhadap mereka??Jawapannya sangat mudah. IBUBAPA lah yg bertanggungjawab terhadap apa yg dilakukan oleh anak – anak mereka. Dgn memberi didikan awal terhadap anak – anak, mereka akan menjadi org yg soleh dan seterusnya mendoakan kesejahteraan kita sama ada kita masih hidup atau pun telah pergi meninggalkan dunia kerana Allah mendengar setiap doa anak yg soleh.

Hj. Triyulyenti dan Keluarga

Yenti
Hj.Triyuliyenti dan Keluarga
Dago bandung Rino's house
Kakak dari Tri Yuliyenti, Muchlis Muchtar
xxxx