![]() |
Dt. Rajo Mangkuto memberi kata sambutan |
3 Perkara Yang Dibawa Selepas Mati
Semua org akn mengalami mati. Dan apabila kita mati, maka terputuslah segala amalan kita melainkan 3 perkara.Sabda Nabi Muhammad S.A.W.
“apabila mati seseorang anak adam itu .. maka akan terhenti segala amalanya kecuali 3 perkara iaitu sedakah jariah, ilmu yang memberi guna, doa anak – anak yang soleh”
1. Sedekah Jariah
Pada 23 Julai 2010, Jumaat, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah menyampaikan satu khutbah berkenaan sedekah dan sumbangan yang x memutuskan amalan kita. Kata beliau, sedekah atau sumbangan yang mendorong kearah kebaikan tidak akan memutuskan amalan kita malah menambahnya. Contoh sumbangan tersebut ialah sumbangan pembinaan masjid. Walaupun pemberi sedekah telah meninggal dunia, tetapi drpd sedekahnya td, sebuah masjid dpt dibina. Dan masjid itu digunakan untuk membuat sesuatu kebaikan. Maka si pemberi hadiah turut mendapat pahala sebagaimana dia[ orang yg menggunakan masjid ] membuat kebajikan. Dan mengapa Allah menjanjikan sedemikian? Kerana x ramai org yg sanggup membelanjakan harta ke jalan Allah. Disebabkan harta, manusia sanggup berkelahi. Disebabkan harta, manusia sanggup membunuh sesama manusia. Dan disebabkan harta, manusia sanggup memutuskan hubungan sesama Islam.
![]() |
Utk kepergian almargum Kakaknya Dt Sati Patyo Lansek Koto Nan IV |
Ilmu mempunyai banyak jenis. Contohnya ilmu dunia, ilmu akhirat dan ilmu hitam. Tapi yang x memutuskan amalan kita ialah ilmu yang memberi kebaikan sama ada di dunia atau di akhirat. Ilmu seperti ini apabila diamal oleh orang yang masih hidup [ orang yang dididik oleh kita ] untuk kebaikan, kita pun sama mendapat pahala tersebut. Itulah yang dapat menyelamatkan kita di dalam kubur.
Contohnya membaca al- Quran. Apabila kita mengajar seseorang itu membaca al – Quran, dan disebabkan apa yang di ajarkan itu membolehkan dia[ orang yang belajar ] membaca al-Quran dgn betul serta dapat bersolat, maka pahala kita sama seperti dia walaupun kita hanya mengajarnya membaca surah al-Fatihah dan dia mendalami ilmu – ilmu tersebut dgn org lain.
![]() |
Ibunda Zamhir meninggal 1 Juni 2010 |
3. Doa Anak – anak Soleh
Didikan agama sejak anak – anak masih kecil perlu bg menjadikan mereka( anak – anak) menjadi anak yg soleh. Kita dpt melihat betapa anak – anak sekarang menjadi rosak gara – gara masalah sosial. Gejala sosial semakin menjadi – jadi. Pembuangan bayi sering menjadi perhatian akhbar – akhbar tempatan malah indeksnya juga semakin meningkat saban tahun.


Tidak ada komentar:
Posting Komentar